Month: September 2024

Dibina di atas Kristus

Kita mempunyai pelbagai penjodoh bilangan untuk merujuk kepada jumlah haiwan yang banyak. Sudah tentu anda pernah mendengar tentang sekawan biri-biri, kelompok lembu, ataupun sekumpulan angsa. Namun dalam Alkitab, jemaah Tuhan diberikan metafora yang amat berbeza, bukan sahaja dari segi bilangan, tetapi lebih kepada peranannya, yakni bangunan.

Menggapai Matlamat Bersama Tuhan (Kesaksian Didin Taresoh)

Didin Taresoh, seorang atlet para yang pernah mengharumkan nama Malaysia di persada sukan para dunia, menceritakan serba sedikit perjalanannya sebagai atlet para dan bagaimana iman Kristiannya mempengaruhi perjalanan tersebut. Keadaan fizikalnya yang berbeza dengan kebanyakan orang tidak mematahkan semangatnya untuk mencapai minat, impian dan matlamat yang sudah disediakan oleh Tuhan. Bahkan dia ingin mendorong orang lain, terutamanya generasi muda di…

Tidak Ada Kubur

Walaupun legenda pemuzik negara Johnny Cash menghampiri kematian, dia bertekad untuk terus membuat muzik. Album terakhirnya, American VI: Ain’t No Grave, dirakamkan pada masa-masa terakhir hidupnya. Lagu bertajuk, Cash’s version of a hymn oleh Claude Ely memberikan gambaran tentang pemikiran terakhirnya apabila dia menyanyikan harapannya tentang kebangkitan. Suara nada rendahnya yang terkenal, walaupun kedengaran lemah disebabkan oleh kesihatannya yang merosot, mengisytiharkan kesaksian iman yang hebat.

Bubur yang Baik

Hidangan terlaris Jocelyn di gerai makanan miliknya ialah bubur nasi. Dia akan mengacau bubur nasi dengan berhati-hati sehingga mempunyai konsistensi yang baik. Jadi, dia terkejut apabila seorang pelanggan tetapnya berkata, “Perisa bubur anda rasanya berbeza. Teksturnya tidak begitu halus.”

Tempat Kerja Berbentuk Kerajaan Syurga

Suasana di kilang-kilang di England pada zaman Victoria sungguh buruk. Kadar kematian adalah tinggi, dan pekerja sering hidup dalam kemiskinan. Peniaga George Cadbury bertanya, “Bagaimana mungkin kaum buruh dapat menanam cita-cita, sedangkan rumahnya ialah kawasan setinggan?” Oleh itu dia membina sebuah kilang baru untuk mengembangkan perniagaan coklatnya, yang juga memberi manfaat kepada para pekerjanya.